5.1 Design by: Webmaster SMKAP
- Profil -
Nama:
Khairul Hazman Othman

Pengalaman Webmaster:
8 tahun (Website SMKAP)

Pengalaman Lain:
- Grand Prize Winner of National Website Competition 2001 sponsored by MIMOS/JARING
- Laman SMKAP calon wakil JPNP ke anugerah kecemerlangan ICT kebangsaan 2005

Jurulatih Pasukan Website Daerah Rompin:
-Johan Pertandingan Membina Laman Web Karnival Sains dan Teknologi Negeri Pahang 2000
graphic
Blog webmaster akan ditamatkan riwayatnya kerana beliau telah berpaling tadah ke.....Facebook!
graphic
Silalah ke
Face Book Khairul Hazman
yang terbaru!
graphic
- Johan Pertandingan Membina Laman Web Karnival Sains dan Teknologi Negeri Pahang 2002
- Tempat ketiga Pertandingan Multimedia Sekolah-sekolah KRK Pahang 2006
Pengalaman di KPM:
- menjadi fasilitator pembina bahan laman web MySchool.Net bagi Pusat Perkembangan Kurikulum dari tahun 2001-2003

Minat:
- Grafik
- Web Development
- Flash
- Internet
- Video Editing

KISAH PENUBUHAN WEBSITE SMK AGAMA PAHANG

Assalammualaikum wbt.
Syukran jazilan kepada teman-teman seperjuangan dan terima kasih atas bantuan dan sokongan kalian untuk bersama-sama mewujudkan laman sekolah sejak 1999.

Terima kasih tidak terhingga kepada Cikgu Shukri (penasihatku) - tukang kritik dan penasihat yang bagus!

Keperluan untuk sekolah mengadakan sebuah website bagi mengenengahkan nama dan identiti semakin mendesak ketika pada awal tahun 1999, Ustaz Ismail (bekas pengetua) menyatakan hasrat kementerian mahu melihat sekolah-sekolah mempunyai perwatakan dan pada ketika itu sekolah mula mempunyai talian internet. Ketika itu nama SMKA Pahang semakin meniti kemashyuran di Pahang dengan mencipta jaguh dalam pelbagai bidang terutama dalam tahfiz, tilawah, syarahan, pidato, nasyid, sayembara puisi, bahas, laman web, sukan, pantun dan pelbagai aktiviti kokuria termasuk sukan di bawah kendalian pendidik berwibawa En. Elyas Yeow Abdullah.
Namun acapkali warga pendidik dan masyarakat Pahang kurang mengenali nama sekolah meskipun ketika itu SMKAP terdedah dalam banyak pertandingan. Menyedari wujudnya kegersangan identiti itu, saya telah bertindak memulakan laman web SMKAP secara "cuba jaya" dan belajar sendiri pada awal 1999. Ketika itu saya bertugas sebagai warden di asrama dan masih bujang serta mempunyai masa terluang. Kesempatan yang ada saya manfaatkan untuk mempelajari ilmu membina laman web. Tapak pertama SMKAP ialah https://members.tripod.com/SMKAPAHANG/ dan masih lagi boleh diakses. Namun tapak itu sudah disfungsi lantaran kehilangan password menyebabkan saya sendiri sukar untuk memadamkan kandungannya.
Bersenjatakan peralatan scanner cabuk Acer dan komputer klon buruk saya, laman smkap mula ke talian siber dengan perbelanjaan sendiri..
Pada mulanya, pihak pentadbiran belum tahu tindakan saya itu namun setelah Tuan Pengetua (Ustaz Ismail) ketika itu bertanyakan saya sama ada saya ada memasukkan gambar beliau ketika Majlis Hari Keluarga, saya berasa sangat gembira. Sekurang-kurangnya ada respon dari pentadbir mengenai keperluan ini. Pada ketika itu beberapa buah sekolah berhampiran juga memberikan respon bahawa mereka (guru) ada mengunjungi laman tersebut.

Setelah berhempas pulas dalam pertandingan membina laman web pendidikan bertajuk "Struktur dan Anatomi Jantung Manusia" sempena Karnival Sains dan Teknologi Pahang 2000 bersama-sama dengan anak-anak buah saya yang sentiasa dikenang Azrul, Hazwan, Redzuan dan Nazif, saya rasa cukup berpuas hati setelah kami yang berada di sekolah luar bandar berjaya menewaskan lebih 32 buah sekolah-sekolah Negeri Pahang dalam pertandingan itu. Ia memberikan satu semangat menguja yang sukar diperkatakan. Saya sering mengingatkan anak- anak buah bahawa mereka mampu menguasai ilmu komputer itu meskipun mereka bukan duduk di bandar besar seperti Kuantan. Azrul kini menjadi seorang programmer komputer, Hazwan pula seorang Doktor Perubatan dari Russia..Redzuan dan Nazif lost contact..tapi saya yakin mereka juga berjaya...
Kemenangan itu membuktikan kepada pihak sekolah bahawa guru dan pelajar SMKAP mampu mengatasi bangsa lain (saya tidak bermaksud racial) cuma ketika itu saya merasakan pelajar mempunyai rasa bangga dan kekitaan. Bahawa kita juga tidak kurang kemahiran teknologi berbanding mereka meskipun duduk di luar bandar.

Saat itu barulah saya merasakan sekolah membuka mata mengenai pentingnya kewujudan sebuah website yang mampu menggambarkan imej dan keunggulan sekolah disamping tidak mengenepikan unsur kejujuran dan keterbukaan (forum misalnya).

Laman sekolah bertatih dari versi pertama, kedua, ketiga hinggalah ke versi keenam. Pernah menggunakan Frontpage, Dreamweaver, Trendy Flash SiteBuilder hinggalah terkini menggunakan gabungan dengan Mindjet Manager Pro, saya berasa banyak pengalaman "bermain" dan "meneroka software" dan "web building" yang tidak mampu dibeli dengan wang ringgit. Hanya meraih kepuasan melakukan apa yang saya suka lakukan selama lebih 10 tahun. Ianya tidak boleh dibeli dengan sijil anugerah kecemerlangan perkhidmatan ataupun anugerah prestasi kerja tahunan.
Khabar Daripada Webmaster:

16 Mac - 19 Mac 2008
Saya berada di Hotel Grand Continental mengikuti Mesyuarat Penyelarasan Laman Web SMKA di bawah Jabatan Pendidikan Islam dan Moral, KPM.

4 Mac 2008
Pihak JAPIM telah memaklumkan kepada saya bahawa server JAPIM telah selesai dinaiktaraf. Mereka akan menghantar username dan password baru untuk saya menguruskan laman web rasmi www.smkapahang.net

28 Februari 2008
Pada masa ini, website utama SMKAP di http://www.smkapahang.net sedang dinaiktaraf oleh JAPIM. Oleh kerana itu, website ini dijadikan mirror sitelaman web sekolah. Kedua-dua website akan diupdate serentak bagi mengatasi masalah serupa berulang. Beberapa elemen interaktif sedang disepadukan dengan website terbaru ini di mana kita tidak lagi menggunakan konsep flash tetapi dynamic html dan css. Gambar juga akan diperbanyakkan tetapi saya berusaha untuk compress imej sekecil mungkin untuk menambah kelajuan laman didownload. Setakat ini berjaya dengan menggunakan Ulead Smart Saver Pro dan Photoshop CS2. Ini nyata memudahkan proses dokumentasi aktiviti tahunan sekolah, menyenangkan pengguna melayari serta meletakkan website sekolah setaraf dengan aliran semasa website kerajaan yang lain. Laman ini juga dilengkapi Arkib Berita 2008. Jangan lupa lihat Peta Web di atas..ada sesuatu yang sangat menarik dan cantik untuk anda...:)