Make your own free website on Tripod.com
1.6 Piagam Pelanggan
graphic

Piagam Sekolah:
 
 
  • Berusaha memberi perkhidmatan yang cekap dan mesra
  • Berusaha melahirkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Negara
  • Berusaha menjana individu yang cemerlang dan kuat pegangan agama
  • Berusaha memastikan setiap warga sekolah sentiasa berdedikasi, komited, berdisiplin dan produktif
  • Berusaha memastikan setiap urusan dapat dijalankan dengan cepat, cekap dan tepat
  • Berusaha memastikan sekolah sentiasa berada dalam keadaan selamat dan kondusif
  • Berusaha memastikan hubungan yang baik dengan ibu bapa dan masyarakat luar
  • Berusaha melahirkan pelajar yang positif dan mempunyai kebolehan dalam pelbagai lapangan

Piagam Pelanggan Asrama SMKAP:
Asrama SMK Agama Pahang dengan penuh tekad dan iltizam berikrar memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelanggan
a) Memberikan layanan yang cekap, baik dan mesra kepada semua pelanggan
b) Mengutamakan keperluan pelajar sepanjang pengajian di SMKAP
c) Menyediakan kemudahan yang kondusif kepada semua penghuni asrama
d) Mewujudkan iklim dini dan suasana muhabbah bagi semua penghuni asrama
e) Membina sahsiah gemilang melalui aktiviti-aktiviti kerohanian, kurikulum dan kokurikulum.
f) Mendidik pelajar ke arah mencapai kecemerlangan hidup di dunia dan akhirat
g) Menghormati pandangan, hak ibu bapa dan penjaga dalam melahirkan insan gemilang akademik, kurikulum, sahsiah dan kerohanian.