Make your own free website on Tripod.com
1.1 Misi dan Visi Sekolah
 
MISI DAN VISI SEKOLAH:
graphic
FALSAFAH SMKA
Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan paduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang sempurna ke arah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup Islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanfaat kepada agama, diri, ummah dan negara
MATLAMAT SMKA
  • Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dan ukhrawi
  • Memperkembangkan potensi diri pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu di dalam dan luar negara
OBJEKTIF SMKA
  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan kokurikulum
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahanan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberikan sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan negara dna ummah